Jembori Pengakap 1Belia 1Malaysia

Daerah Pontian Telah menghantar 19 Pengakap terdiri 13 Ahli Pengakap drp 13 buah sekolah Menangah dan 6 pemimpin ke jembori Pengakap 1Belia 1Malaysia di Tapak Perkhemahan Wetland Putrajaya. Negeri johor telah menghantar 200 peserta dan pemimpin ke Jembori tersebut . Tapak Perkhemahan tersebut telah dipenuhi lebih 3000 ahli pengakap seluruh Malaysia sempena hari Belia pada 15 Mei 2010.


Lawatan dan Latihan Pengakap Muda dan Remaja Daerah Pontian 2010

Pesuruhjaya Daerah Pontian Telah mengadakan Lawatan dan Latihan ke Semua Pasukan Pengakap Muda dan Remaja Daerah Pontian bagi Tahun 2010

SMK Pekan Nanas Pontian

SMK Kayu Ara Pasong Pontian

SMK Sri Tanjong Benut Pontian

SMA Annur Benut Pontian

SMK Pt Betak Benut Pontian


MRSM Pontian

KURSUS IKATAN, SIMPULAN & KAWAD TONGKAT

Pada 16 hingga 18 April 2010, PPM Pontian telah menganjurkan Kursus Ikatan & Simpulan terbuka untuk Pengakap Muda dan Pengakap Remaja Sekolah-sekolah Menengah Daerah Pontian. Sebanyak 10 sekolah menengah telah menghantar peserta untuk kursus tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ikatan dan simpulan, asas kawad tongkat,
Peserta Kursus sedang menunggu Arahan

Majlis Penutup Kursus Ikatan
Istiadat Menurunkan Bendera semasa Majlis Penutup

KURSUS PENGENALAN DAN MANIKAYU PERINGKAT SATU

Pada 9 hingga 11 April 2010, Pasukan Latihan Daerah Pontian telah menganjurkan kursus latih dan pembimbing. Kursus ini dijalankan serentak 3 unit yang masing - masing diketuai oleh :

Ketua Kursus MK Unit Muda - En Abd Razak Idris
Ketua Kursus MK Unit Remaja - En Tan Check Meng
Ketua Kursus MK Unit Kelana - En Affendi Abd Hamid

Turut hadir ialah Tn. H. Yaacob bin Hj. Abd karim, Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor dan Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Latihan Negeri Johor. Pada Sabtu petang 10 April 2010, Persaudaraan Pengakap Raja Negeri Johor juga mengadakan Majlis Jamuan Teh Bersama Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor. 
Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus disempurnakan oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Johor.

Pihak penganjur mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta dan warga kerja Kursus Manikayu Peringkat Pengenalan dan bahagian 1. Syabas dan tahniah kepada PPM Daerah Pontian.

PERKHEMAHAN KANAK-KANAK 2010

Salam Pengakap dan Salam 1 Malaysia.

Pada 12 hingga 14 Mac 2010 satu perkhemahan untuk Pengakap Kanak-kanak telah diadakan di SK Jaya Mulia, Parit Panjang Ayer Baloi. Perkhemahan ini merupakan pembuka tirai 2010 untuk aktiviti pengakap daerah Pontian. 

Perkhemahan ini melibatkan 8 buah sekolah iaitu SK Jaya Mulia, SK Penerok, SK Belokok, SK Rambah, SK Tanjung Air Hitam, SK Serkat, SK Bt. 24 dan SK Pt. Selangor. Perkhemahan ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh kumpulan Kelana D Pontian, D'Marine Rovers. 
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Pertandingan Kebudayaan, Pertandingan Kraftangan, Pertandingan Khemah terbaik, aktiviti bersama Bomba dan Penyelamat Pontian, aktiviti 'Repailing', Malam Unggun Api dan banyak lagi aktiviti yang dilaksanakan.

Tahniah kepada peserta-peserta dan juga Jawatankuasa Kerja yang bertungkus lumus selama 24 jam untuk melaksanakan yang terbaik untuk perkhemahan ini.

KURSUS IKATAN, SIMPULAN & KAWAD TONGKAT

Tajuk     : Kursus Ikatan, Simpulan Dan Kawad Tongkat

Pada      : 16 - 18 April 2010

Masa Pendaftaran   : 2:30 - 4:30 ptg

Bertempat    : Pusat Latihan Pengakap Daerah Pontian
                       D/A, Kompleks Penghulu Mukim Serkat, Pontian Johor.

Terbuka kepada pengakap muda dan remaja, sekolah-sekolah daerah Pontian.

*Nota: Surat daripada JPN dan pekeliling telah diedarkan melalui PPD.

PENDAFTARAN KEAHLIAN 2010

Salam Pengakap,
PPM Pontian akan mengadakan pendaftaran terbuka Keahlian 2010 seperti ketetapan berikut :

Tarikh  :  1 April 2010
Masa   :  2.30 petang
Tempat  : Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Pontian

Mesyuarat Pengurusan Kursus Manikayu juga akan dijalankan pada tarikdh dan keketapan seperti di atas. Diharap semua yang terlibat dapat hadir pada mesyuarat tersebu